Wednesday, 13 July 2016

Perodua 'BEZZA'

model perodua sedan baharu

-credit to careta








Umum sudah mengetahui bahawa Perodua bakal melancarkan model sedan terbaharunya. Tetapi ramai yang tidak tahu apa-apa butiran mengenainya, sehinggalah gambar dan risalah model tersebut dibocorkan ke media sosial.
Careta menjadi satu-satunya media Bahasa Melayu seratus peratus yang dijemput untuk menguji model terbaharu tersebut dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Laporan kami hanya diberi kelulusan untuk diterbitkan hari ini.
Di bawah ialah butiran yang Careta ketahui hasil dari sesi pengenalan selama setengah hari bersama model sedan sulung Perodua.
  • Cuma tiga penerbitan yang dibenarkan untuk memandu uji model ini sebelum dilancarkan – Paul Tan, Motor Trader (Chips Yap, yang juga menjadi kolumnis jemputan Careta) dan Careta sendiri. Perodua mahukan input dari tiga penerbitan berpengalaman tentang model itu. Tetapi ketiga-tiga penerbitan ini perlu menanda-tangani surat perjanjian untuk tidak menerbitkan sebarang berita mengenai model itu sehingga dibenarkan oleh Perodua sendiri.
  • Lokasi pandu uji ialah di litar pandu uji Perodua yang baru siap dibina. Ia merupakan litar yang lengkap dengan selekoh panjang, cerun bukit dan permukaan-permukaan khas (berbatu, bergelombang, berlubang dan sebagainya).
  • Kenapa model ini langsung tidak pernah dikesan sebelum ini sedangkan model-model Proton sudah acapkali ditangkap melakukan ujian? Mudah. Perodua membangunkan model ini di fasiliti rakan kongsinya di Jepun. Kerana itu, Perodua mampu berahsia mengenai model ini. Ia mula hadir di Malaysia apabila Perodua sudah mula membinanya di kilang mereka di Sungai Choh itu.
  • Ramai pakar-kereta celup menuduh model ini diambil dari model Daihatsu atau Toyota, kerana bentuk nampak sama (walhal bentuk pun mereka tidak pernah lihat). Model terbaharu ini sebenarnya tidak dicedok dari mana-mana model Daihatsu atau Toyota. Sebagai bukti, Perodua terpaksa menghasilkan buku panduan (manual book) sendiri untuk model ini kerana model ini tidak wujud di mana-mana pun.
  • Model sedan Perodua ini dibina di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang kabin direka oleh anak-anak Perodua sendiri. Ini ialah model PERTAMA Perodua menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.
  • Model sedan ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi di kalangan kenderaan tempatan.
  • Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk dipasarkan di negara Asean yang lain – satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka.
  • Oleh kerana ia diasaskan dari model Axia, secara logiknya, model sedan ini duduk di antara Axia dan Myvi. Dari segi harga, ia sepatutnya mencerminkan kedudukan model ini di dalam pasarannya. Careta yakin harganya akan berada dalam julat awal RM30,000 sehingga ke RM55,000 untuk varian paling premium.
  • Model ini terletak di dalam kategori sedan Segmen A, dan sekarang ini, ia hanya ada Mitsubishi Atrage sebagai pesaing utama.
  • Ada empat jenis:
    • 1.0 liter transmisi manual 5-kelajuan
    • 1.0 liter transmisi automatik 4-kelajuan
    • 1.3 liter transmisi manual 5-kelajuan
    • 1.3 liter transmisi automatik 4-kelajuan


  • Ada lima varian
    • 1.0 liter Standard G (manual dan auto)
    • 1.3 liter Premium X (manual dan auto)
    • 1.3 liter Advance (auto sahaja)
  • Kedua enjin-enjin ini dihasilkan di kilang baharu Perodua/Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi ialah sama dengan enjin pada Axia. Enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i ialah enjin direct injection baharu dan sangat moden.



  • Model ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI.
  • Malah untuk variasi 1.3 Advance, ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik bila kaki mula menekan pedal pendikit.
  • Tempat letak barang atau boot Perodua baharu ini ialah sebesar 508  liter. ia lebih besar dari boot Toyota Vios (506 liter), boot Nissan Almera (490 liter), boot Mitsubishi Atrage (450 liter) dan boot Proton Saga (413 liter). Cuma Honda City sahaja mempunyai boot yang lebih besar iaitu pada 536 liter.
  • Walaupun boot Perodua ini besar, ia masih lebih pendek dari Mitsubishi Atrage. Paling penting, ia tidak nampak mempunyai ekor yang tebal atau panjang! Bukaan boot Perodua ini juga rendah dan lebar, memudahkan keluar masuk barang. Malah, penulis dengan mudah ditelan masuk



  • Boot sebesar itu juga masih mampu menyorokkan sebuah tayar gantian bersaiz sebenar.
  • Sayangnya, untuk mendapat boot sebesar itu, tempat duduk belakang model sedan ini sedikit menegak. Namun, ia tidak keterlaluan dan masih selesa. Paling penting, ruang lega kepala masih bagus untuk seorang penumpang setinggi 6 kaki.
  • Bagi varian 1.0L, boot hanya boleh dibuka menggunakan kawalan jauh sahaja (remote). Untuk varian 1.3L, ada butang di pintu boot – lebih mudah.





  • Perodua menggunakan teknologi lampu dari jenis Light Guide untuk lampu belakang. Canggih! Lampu depan masih dari variasi halogen dengan reflektor biasa.
  • Panel meter model ini juga nampak canggih dengan lampu LED dan skrin sesentuh yang besar bagi model Advance.
  • Stereng sedan ini sama seperti Axia – tidak boleh dilaras. Ia menggunakan stereng berkuasa elektrik.
  • Sedan ini ialah model Perodua yang pertama untuk mendapat pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang, tetapi hanya untuk varian Advance kerana ia datang dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC.
  • Ia juga datang dengan kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.





Sesi pandu uji yang dilakukan, walaupun ringkas dan hanya di dalam litar ujian Perodua, tetapi cukup untuk memberikan gambaran kasar prestasinya di dunia sebenar. Ini ialah laporan kami.
Perodua sedan 1.0L manual
Pada mulanya, penulis beranggapan enjin 1.0L 3-silinder dengan 67hp dan 91Nm ini pasti bising seperti pada Axia. Rupanya tidak! Ia sudah hampir tidak kedengaran seperti sebuah enjin 3-silinder lagi, malah gegaran pun sangat berkurangan. Hanya bila dipaksa, ia mula terasa kasar.
Menarik apabila tork maksima boleh didapati dari kelajuan enjin 4,400 rpm. Ini membolehkan pemandu tidak perlu “meneran” enjin Perodua ini ketika memandu di jalan biasa, walaupun berbukit.
Pada pendakian bukit, secara jujur, penulis terkejut ia masih mampu memberi prestasi segar walaupun dengan dua orang di dalam. Dan halaju yang dicapai dalam litar pendek itu ialah melebihi 130 kmsj.



Sistem gantungan selesa dan sejak Myvi lagi, Perodua sebenarnya sudah pandai bermain dengan talaan sistem gantungan. Sedan ini walaupun selesa, ia tidak membuai secara berlebihan dan masih mudah dikawal. Bila dipaksa mengambil selekoh tajam, tayar hadapan akan menyasar ke hadapan atau “understeer” dengan mudah – selamat untuk pemandu biasa.
Untuk mereka yang mempunyai bajet terbatas, model ini sebenarnya tidak mengecewakan.
Perodua sedan 1.0L automatik
Penulis tidak sangka, walaupun automatik, dengan enjin sebesar 1.0 liter untuk membawa badan sedan ini, ia masih boleh memecut dengan lancar.
Pick-up atau pecutan awal terasa sedikit perlahan untuk beberapa saat kerana komputer transmisi diprogram untuk memberi fokus lebih kepada penjimatan bahan api. Selepas itu, ia terus memecut lancar.
Bermula dari cerun bukit, ia masih mampu mendaki dengan lancar dan senyap. Malah jika tidak diberitahu, penulis tidak akan percaya ia dijana oleh enjin 1.0 liter.
Perodua sedan Advance 1.3L automatik
Varian paling lengkap, ia semestinya lebih selesa dan prestasi enjin 1.3L 94hp dan 121 Nm sangat memuaskan.
Tork maksima masuk seawal 4,000 rpm, menjanjikan pemanduan yang lebih bersahaja, walapun ketika sedang mendaki.
Stereng berkuasa elektrik ini semakin berat bila kelajuan meningkat, tetapi feedback stereng terasa sedikit artificial atau palsu. Ini bukan masalah besar kerana sedan ini direka bukan untuk memuaskan nafsu serakah penggila kereta sport. Untuk pemandu biasa, mereka pasti tidak terasa apa pun, malah tidak faham kenapa ayat ini ditulis pun barangkali.



Kawalan Kestabilan Kenderaan atau Vehicle Stability Control (VSC) akan memotong kuasa enjin bila dirasakan pemandu hilang kawalan. Ujian yang dilakukan oleh penulis di kawasan skid-pad di litar tersebut mendapati ia sama dengan sistem yang digunakan pada Toyota, Honda dan Nissan. Bila tayar mula hilang cengkaman dalam selekoh laju, kuasa enjin dipotong dan ia memperlahankan kenderaan. Jika stereng disentap ke kiri dan ke kanan dalam halaju yang tinggi dari biasa, komputer akan memastikan VSC masuk awal untuk mengawal balik kestabilan kenderaan. Dalam erti kata lain, pemandu akan berasa lebih selamat dengan VSC ini.
Siapa yang patut membeli Perodua sedan ini?
Sememangnya ia tidak disasarkan kepada mereka yang gilakan prestasi atau pemanduan gaya sport. Ini ialah sebuah kenderaan yang sesuai untuk keluarga atau untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang lebih besar dari hatchback. Malah, Perodua mahu menjadikan sedan ini sebagai sebuah model mampu milik bagi mereka yang hanya bermotosikal sahaja sebelum ini dan mahukan sebuah kenderaan keluarga.
Ia juga disasarkan untuk golongan yang sudah mempunyai sebuah kereta kecil seperti Axia atau Myvi, dan mahu sebuah sedan untuk kegunaan keluarga.
Dengan harga yang sangat mampu milik serta jaminan 5-tahun, Perodua sedan ini mampu memberikan mereka pelbagai pulangan kembali, menjadikan ia sebuah sedan entry level yang sangat berbeza sekali














Yang Benar,
Muhamad Tarmizi Bin Rosli
Jurujual PERODUA





Kepada pelanggan perodua yang dihormati,
Kami adalah wakil jualan sah perodua telah berpengalaman dalam bidang jualan kenderaan Perodua sangat mengalu-alukan anda menghubungi kami. Sokongan anda sangat dihargai.








No comments:

Post a Comment